CENDOL ialah sejenis minuman pencuci mulut yang boleh dijumpai di
negara-negara Asia Tenggara. Ramuan asas cendol terdiri daripada santan,
jeli hijau, ais and gula melaka. Selain daripada bahan asas ini, cendol
boleh ditambah bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam,
danjagung.Bahan utama cendol iaitu jeli hijau dibuat dari tepung beras
yang dicampur dengan air jernih daripada mendapan kapur sirih. Air perlu
dimasak sehingga menggelagak dan dikacau hingga cair tapi pekat.
Setelah itu campuran tadi dimasukkan ke tin yang ditebuk seperti siraman
hujan. Campuran yang pekat tadi ditekan untuk keluar melalui lubang
tersebut dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan di bawah
bekas berlubang tersebut. Jeli ini boleh diwarnakan dengan hijau tetapi
ia boleh juga diwarnakan mengikut warna kesukaan. Dahulunya, jeli ini
diwarnakan dengan air daun pandan. Ia dihidangan bersama ais, air gula
merah dan santan. Tetapi ditokok tambah pula dengan pulut dan susu isian
manis.
Nama asal bagi CENDOL ialah chorn dooi bermaksud tolong. Kerana
pada ketika itu hendak membuat cendol amat sukar dan memerlukan
pertolongan beberapa orang lain. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan
Thailand (bahasa Melayu Patani), dahulunya Negara Islam Patani. Setelah
ditakluki oleh kerajaan Thai maka ramai penduduk negara Patani berpindah
ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan memperkenalkan sejenis minuman
manis. Menurut penyunting journal makanan Cina, Flavor and
Fortune, Jacqueline M. Newman, hidangan cendol memiliki cita
rasa Malaysia, mengaitkan kaitan antara jeli dan kacang dalam air batu
campur dengan bahan halo-halo ("campur-campur") di Filipina. Dia turut
menambah bahawa perhubungan antara Filipina dan negara di Asia Tenggara
agak tinggi sekitar 1500-an.
[1] Di Malaysia, sesetengah pembuat cendol
telah menghasilkan cendol selama tiga generasi sejak 1920-an sehingga
sekarang, satu tempoh 90 tahun.
[2] Cendol sangat digemari masyarakat
Malaysia kerana cuaca dan iklim negara Malaysia yang panas.Terdapat
pelbagai restoran dan kedai makan yag menyediakan cendol di serata
Malaysia.
Menurut penyunting journal makanan Cina, Flavor and Fortune, Jacqueline M. Newman, hidangan cendol memiliki cita rasa Malaysia, mengaitkan kaitan antara jeli dan kacang dalam air batu campur dengan bahan halo-halo ("campur-campur") di Filipina. Dia turut menambah bahawa perhubungan antara Filipina dan negara di Aisa Tenggara agak tinggi sekitar 1500-an.[1]Di Malaysia, sesetengah pembuat cendol telah menghasilkan cendol selama tiga generasi sejak 1920-an sehingga sekarang, satu tempoh 90 tahun.

......
No comments:
Post a Comment